Apa itu ACK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pembangunan sosio-ekonomi penduduk telah melaksanakan pelbagai program komuniti dengan objektif dan bertujuan untuk membangunkan komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi aspek pendidikan, pembangunan modal insan, perkhidmatan sosial, ekonomi dan membasmi kemiskinan bandar. Dalam memastikan penyampaian perkhidmatan ini dapat dilaksanakan secara langsung kepada penduduk setempat dengan efisyen dan berkesan, kerjasama dari individu dan kumpulan komuniti yang aktif adalah diperlukan dari setiap peringkat. Oleh demikian, kumpulan komuniti yang aktif dan telah banyak membantu pihak DBKL ini wajar diberikan pengiktirafan bagi menghargai usaha mereka serta menggalakkan lagi penglibatan komuniti dalam pembangunan sosio-ekonomi warga Kuala Lumpur.
Objektif ACK
• Memberi pengiktirafan ke atas sumbangan serta dedikasi yang ditunjukkan dalam mempraktikkan aktiviti berteraskan khidmat masyarakat.
• Memberi pengiktirafan kepada persatuan-persatuan penduduk serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak DBKL.
• Menggalakkan persaingan sihat antara individu, persatuan penduduk dan NGO dari segi menerapkan amalan-amalan nilai kemasyarakatan ke arah memantapkan lagi pembangunan Sosio-ekonomi warga kota.
- Persatuan penduduk dan pertubuhan NGO yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau diiktiraf oleh mana-mana agensi Kerajaan yang berkaitan
1. Pendaftaran - Komuniti mendaftar melalui portal online
2. Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Pertama - Penilaian dokumen dan kelayakan
3. Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Kedua - Penilaian akhir
4. Pengumuman - Pengumuman pemenang dalam majlis anugerah
Tempat Pertama
Sijil Penghargaan
Wang Tunai
Trofi ACK
Tempat Kedua
Sijil Penghargaan
Wang Tunai
Tempat Ketiga
Sijil Penghargaan
Wang Tunai
Sijil Penyertaan
Sijil Penghargaan
Untuk semua peserta
yang layak
Maklumat Penting
- Semua pemenang akan dijemput ke Majlis Anugerah Citra Komuniti DBKL
- Hadiah akan disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur
Panduan Pengguna
Panduan pengguna ACK menyediakan panduan lengkap untuk menggunakan portal ini.
Untuk Pemohon:
- Daftar akaun baru
- Log masuk ke portal
- Isi borang permohonan
- Muat naik dokumen sokongan
- Pantau status permohonan
Untuk Admin:
- Log masuk ke dashboard admin
- Lihat semua permohonan
- Kemaskini status permohonan
- Cetak laporan permohonan
- Muat turun dokumen
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Anugerah Citra Komuniti (ACK), sila hubungi pihak sekretariat di:
03-26176310
017-5602829
Sekretariat ACK
Tingkat 16, Menara DBKL 3
Unit Pembangunan Komuniti
Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur